Thursday 2 February 2012

Tinta Ilmiah: Tutorial 1 : PENGUKURAN, PENGUJIAN & PENILAIAN

Tinta Ilmiah: Tutorial 1 : PENGUKURAN, PENGUJIAN & PENILAIAN: Konsep Pengukuran § Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerit atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau...

Tinta Ilmiah: Tutorial 2 :JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Tinta Ilmiah: Tutorial 2 :JADUAL SPESIFIKASI UJIAN: Konsep JSU Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) juga disebut sebagai Jadual Penentu Ujian (JPU). Kedua-dua nama ini adalah sama dari segi kon...

Tinta Ilmiah: Tutorial 3: PENILAIAN SUMATIF

Tinta Ilmiah: Tutorial 3: PENILAIAN SUMATIF: Konsep Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan . Tu...

Tutorial 3: PENILAIAN SUMATIF


Konsep


  • Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.


Tujuan
  • Mengenalpasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian.
  • Menentukan sejauh mana keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


Waktu penilaian
  • Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.


Kaedah
  • Dibuat secara formal: ujian pensel-kertas , lisan.
  • Dijalankan secara berkumpulan.


Selepas penilaian dijalankan
  • Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
  • Memberikan pengiktirafan- sijil , hadiah dan sebagainya.
  • Membaiki kurikulum atau mata pelajaran.


Langkah-langkah pentadbiran penilaian sumatif
  • Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan dengan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Hal ini adalah bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperoleh.
  • Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Mengumpul item secara bersistem.  Item disusun mengikut bentuk yang sama, mengikut topik atau mengikut aras kemahiran kognitif.
  • Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian-elak daripada berlaku bias dalam memberi markah kepada murid.
  • Menyediakan arahan yang jelas.
  • Menguji item terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
  • Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan(distraktor) dapat berperanan dengan baik













Wednesday 25 January 2012

Tutorial 2 :JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Konsep JSU
  • Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) juga disebut sebagai Jadual Penentu Ujian (JPU). Kedua-dua nama ini adalah sama dari segi konsep dan fungsinya.
  • Menurut Kubiszyn & Borich (2003) - JSU merupakan carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kendungan pengajaran.
  • JSU ialah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji kepada para pelajar.
  • JSU juga merupakan 'blue print' ujian.
  • JSU mengandungi paksi kandungan (topik dalam sukatan) & paksi kemahiran ( taksonomi penguasaan).
Fungsi JSU
  • menjadi panduan kepada penggubal item untuk menggubal secara terancang.
  • boleh tentukan topik/tajuk & objektif yang hendak dicapai.
  • boleh tentukan bidang/topik & pemberatan yang akan diberi.
  • menentukan aras item & bilangannya.
  • menyelaras aras kesukaran & menstabilkan taraf & mutu ujian.
  • menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
  • membolehkan perbandingan dibuat anatra satu ujian dengan ujian yang lain.
  • membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.
Tujuan JSU
  • elak daripada membina soalan sembarangan.
  • dapat menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
  • panduan kepada penggubal soalan.
  • menstabilkan taraf & aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
  • menentukan bidang & pemberatan ujian.
Langkah-langkah Pembinaan JSU
  • kaji Sukatan Pelajaran.
  • analisis objektif pengajaran.
  • menentukan jenis item - objektif/struktur/esei
  • menentukan bilangan soalan.
Tujuan Pengujian
  • mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai.
  • mengesan kemajuan yang telah diperoleh.
  • penempatan murid.
  • tindakan susulan.
Prinsip Pembinaan & Pentadbiran Ujian
  • menentukan tujuan ujian.
  • menentukan isi kandungan ujian.
  • membentuk JSU
  • menulis item soalan.
  • menyemak soalan/item.
  • mentadbir ujian.
Aras Kemahiran Kognitif Taksonomi Bloom yang perlu ada dalam setiap item ujian yang dibina:
  1. aras Pengetahuan.
  2. aras Kefahaman
  3. aras Aplikasi
  4. aras Analisis
  5. aras Sintesis
  6. aras Penilaian


Tuesday 10 January 2012

Tutorial 1 : PENGUKURAN, PENGUJIAN & PENILAIAN

Konsep Pengukuran
§Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerit atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
§Boleh dilaksanakan tanpa pengujian.
§Tidak bersifat mutlak.

Konsep Pengujian
§Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur  sampel tingkahlaku atau perubahan seseorang individu atau murid.
§Cronbach (1970)- ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perhatian tingkahlaku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.
§Raminah Hj Sabran (1991)- ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukanMaklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat pengadilan atau penilaian.

Konsep Penilaian
§Melibatkan penentuan objektifmendapatkan maklumatmemproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan.
§Apabila sesuatu penilaian yang ingin dijalankan sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil :
a)Berkaitan dengan tujuan penilaian yang dijalankan.
b)Berkaitan dengan pemilihan model ( alat-alat prosedur dan cara untuk menjalankan penganalisisan ).
§Konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang mempunyai matlamat sendiri.
§Dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu.
§Proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilaimutukualitiharga bagi sesuatu perkara.
§Gay (1985) – penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.
§Popham (1975) – penilaian yang bersistem mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

5 Peringkat Prosedur Penilaian
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan & Pengukuran
4. Analisis ujian
5. Intepretasi & Tindakan susulan

Tujuan Penilaian di Bilik Darjah
§Diagnosis – memberikan maklum balas kepada guru berhubung dengan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang sudah dipelajari dalam bilik darjah serta tinjau masalah yang timbul dalam sesi pnp yang berlangsung.
§Pencapaianmemberikan maklumat tentang setakat mana tahap penguasaan murid tentang sesuatu kemahiran yang diajar.
§Pemilihan dan penempatanmeninjau sejauh manakah murid menguasai sesuatu kemahiran yang akan dipelajari serta menentukan sama ada semua murid dapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza.
§Bimbingan dan kaunselingmeningkatkan motivasi murid untuk belajar bagi memperoleh keputusan pencapaian yang baik dan cemerlang.