Konsep JSU
- Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) juga disebut sebagai Jadual Penentu Ujian (JPU). Kedua-dua nama ini adalah sama dari segi konsep dan fungsinya.
- Menurut Kubiszyn & Borich (2003) - JSU merupakan carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kendungan pengajaran.
- JSU ialah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji kepada para pelajar.
- JSU juga merupakan 'blue print' ujian.
- JSU mengandungi paksi kandungan (topik dalam sukatan) & paksi kemahiran ( taksonomi penguasaan).
Fungsi JSU
- menjadi panduan kepada penggubal item untuk menggubal secara terancang.
- boleh tentukan topik/tajuk & objektif yang hendak dicapai.
- boleh tentukan bidang/topik & pemberatan yang akan diberi.
- menentukan aras item & bilangannya.
- menyelaras aras kesukaran & menstabilkan taraf & mutu ujian.
- menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
- membolehkan perbandingan dibuat anatra satu ujian dengan ujian yang lain.
- membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.
Tujuan JSU
- elak daripada membina soalan sembarangan.
- dapat menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
- panduan kepada penggubal soalan.
- menstabilkan taraf & aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
- menentukan bidang & pemberatan ujian.
Langkah-langkah Pembinaan JSU
- kaji Sukatan Pelajaran.
- analisis objektif pengajaran.
- menentukan jenis item - objektif/struktur/esei
- menentukan bilangan soalan.
Tujuan Pengujian
- mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai.
- mengesan kemajuan yang telah diperoleh.
- penempatan murid.
- tindakan susulan.
Prinsip Pembinaan & Pentadbiran Ujian
- menentukan tujuan ujian.
- menentukan isi kandungan ujian.
- membentuk JSU
- menulis item soalan.
- menyemak soalan/item.
- mentadbir ujian.
Aras Kemahiran Kognitif Taksonomi Bloom yang perlu ada dalam setiap item ujian yang dibina:
- aras Pengetahuan.
- aras Kefahaman
- aras Aplikasi
- aras Analisis
- aras Sintesis
- aras Penilaian
No comments:
Post a Comment