Thursday 2 February 2012

Tutorial 3: PENILAIAN SUMATIF


Konsep


  • Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.


Tujuan
  • Mengenalpasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian.
  • Menentukan sejauh mana keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


Waktu penilaian
  • Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.


Kaedah
  • Dibuat secara formal: ujian pensel-kertas , lisan.
  • Dijalankan secara berkumpulan.


Selepas penilaian dijalankan
  • Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
  • Memberikan pengiktirafan- sijil , hadiah dan sebagainya.
  • Membaiki kurikulum atau mata pelajaran.


Langkah-langkah pentadbiran penilaian sumatif
  • Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan dengan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Hal ini adalah bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperoleh.
  • Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Mengumpul item secara bersistem.  Item disusun mengikut bentuk yang sama, mengikut topik atau mengikut aras kemahiran kognitif.
  • Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian-elak daripada berlaku bias dalam memberi markah kepada murid.
  • Menyediakan arahan yang jelas.
  • Menguji item terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
  • Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan(distraktor) dapat berperanan dengan baik













No comments:

Post a Comment