Wednesday 25 January 2012

Tutorial 2 :JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Konsep JSU
  • Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) juga disebut sebagai Jadual Penentu Ujian (JPU). Kedua-dua nama ini adalah sama dari segi konsep dan fungsinya.
  • Menurut Kubiszyn & Borich (2003) - JSU merupakan carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kendungan pengajaran.
  • JSU ialah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji kepada para pelajar.
  • JSU juga merupakan 'blue print' ujian.
  • JSU mengandungi paksi kandungan (topik dalam sukatan) & paksi kemahiran ( taksonomi penguasaan).
Fungsi JSU
  • menjadi panduan kepada penggubal item untuk menggubal secara terancang.
  • boleh tentukan topik/tajuk & objektif yang hendak dicapai.
  • boleh tentukan bidang/topik & pemberatan yang akan diberi.
  • menentukan aras item & bilangannya.
  • menyelaras aras kesukaran & menstabilkan taraf & mutu ujian.
  • menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
  • membolehkan perbandingan dibuat anatra satu ujian dengan ujian yang lain.
  • membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.
Tujuan JSU
  • elak daripada membina soalan sembarangan.
  • dapat menjamin kesahan & kebolehpercayaan ujian.
  • panduan kepada penggubal soalan.
  • menstabilkan taraf & aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
  • menentukan bidang & pemberatan ujian.
Langkah-langkah Pembinaan JSU
  • kaji Sukatan Pelajaran.
  • analisis objektif pengajaran.
  • menentukan jenis item - objektif/struktur/esei
  • menentukan bilangan soalan.
Tujuan Pengujian
  • mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai.
  • mengesan kemajuan yang telah diperoleh.
  • penempatan murid.
  • tindakan susulan.
Prinsip Pembinaan & Pentadbiran Ujian
  • menentukan tujuan ujian.
  • menentukan isi kandungan ujian.
  • membentuk JSU
  • menulis item soalan.
  • menyemak soalan/item.
  • mentadbir ujian.
Aras Kemahiran Kognitif Taksonomi Bloom yang perlu ada dalam setiap item ujian yang dibina:
  1. aras Pengetahuan.
  2. aras Kefahaman
  3. aras Aplikasi
  4. aras Analisis
  5. aras Sintesis
  6. aras Penilaian


No comments:

Post a Comment